Apa itu rekabentuk struktur bangunan dan kepentingannya??
Apa itu rekabentuk struktur bangunan dan kepentingannya??
Reka bentuk struktur bangunan adalah penyiasatan terperinci mengenai kestabilan, kekuatan serta keteguhan, dan seterusnya menghasilkan struktur yang mampu menampung beban dalam sesuatu tempoh masa.
Kepentingan penyediaan pelan rekabentuk struktur:
1) Memastikan struktur yang akan dibina bersesuaian dengan fungsi ruang atau bangunan serta dapat menampung beban kepenggunaan dan beban persekitaran (termasuk cuaca, angin, gempa bumi)
2) Memastikan jenis struktur dan rekabentuk bersesuaian dengan tapak bangunan (jenis tanah, bentuk mukabumi, dsbg)
3) Memastikan struktur dapat menampung beban perincian senibina dari pihak arkitek. (cth: kemasan dinding, cornice dsbg)
4) Menjamin keselamatan pengguna. Rekabentuk struktur yang gagal memberi kesan kepada keselamatan pengguna
5) Mengelakkan rekabentuk arkitek terjejas. Kegagalan rekabentuk struktur memberi kesan kepada rekabentuk senibina arkitek ( cth: kewujudan rasuk konkrit yang tidak diingini di tangga, siling, lantai dan dinding)
6) Selain beban perkakasan, perabot, peralatan mekanikal dan elektrik, Struktur juga menampung beban-beban kemasan estatik termasuk kemasan dinding, & siling. Kegagalan mengambil kira bebanan ini boleh menyebabkan kegagalan struktur.
7) Rekabentuk struktur dari jurutera yang berkelayakan dapat menjimatkan kos, efektif dan selamat.
Rekabentuk yang tidak setara dengan tujuan dan penggunaan bangunan akan menyebabkan:
i) saiz struktur menjadi terlalu besar/kecil, terlebih/terkurang bahan binaan(cth: besi, pasir, siimen) ,
ii) menyebabkan kerugian ruang.
iii) mengurangkan nilai estatik
iv) melibatkan pertambahan kos samada di peringkat binaan ataupun di peringkat penyelenggaran.
Oleh hal demikian, penyediaan pelan rekabentuk struktur bangunan tidak boleh dipandang ringan dan perlu diperolehi dari jurutera struktur berkelayakan.
Comments
Post a Comment