Apa itu rekabentuk struktur bangunan dan kepentingannya??
Apa itu rekabentuk struktur bangunan dan kepentingannya?? Reka bentuk struktur bangunan adalah penyiasatan terperinci mengenai kestabilan, kekuatan serta keteguhan, dan seterusnya menghasilkan struktur yang mampu menampung beban dalam sesuatu tempoh masa. Kepentingan penyediaan pelan rekabentuk struktur: 1) Memastikan struktur yang akan dibina bersesuaian dengan fungsi ruang atau bangunan serta dapat menampung beban kepenggunaan dan beban persekitaran (termasuk cuaca, angin, gempa bumi) 2) Memastikan jenis struktur dan rekabentuk bersesuaian dengan tapak bangunan (jenis tanah, bentuk mukabumi, dsbg) 3) Memastikan struktur dapat menampung beban perincian senibina dari pihak arkitek. (cth: kemasan dinding, cornice dsbg) 4) Menjamin keselamatan pengguna. Rekabentuk struktur yang gagal memberi kesan kepada keselamatan pengguna 5) Mengelakkan rekabentuk arkitek terjejas. Kegagalan rekabentuk struktur memberi kesan kepada rekabentuk senibina arkitek ( cth: kewujudan rasuk kon